Saturday 27 June 2015

KHATAM AL-QURAN UNTUK ARWAH DIBULAN RAMADHAN

  Khatam AL-Quran 30 Juz beberapa kali dibulan RAMADHAN ini akan dilakukan oleh mereka yang telah dilantik oleh  Pengurusan Tahfiz Nurun Nur, Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka.

   Hadiahkanlah arwah tersayang dengan khataman tersebut. Mereka sedang menanti-nanti hadiah dari orang yang mereka cintai di rumah mereka dahulu atau dari insan yang tersayang.

   Ingatlah mereka, agar kita diingati nanti.

   Senaraikan mereka, mudah-mudahan ada orang lain menyenaraikan kita nanti.

  Khataman akan  disempurnakan pada akhir-akhir Ramadhan.

   Senarai nama  satu persatu akan  dibacakan / diniatkan oleh penyelaras /wakil ketika menerima /memproses penyertaan, dan disebutkan bilangan arwah secara umum ketika majlis berlangsung (Bagi menyingkatkan majlis).

  Berminat / berhajat untuk memberi nama arwah?
Sila hubungi pihak penganjur untuk sebarang pertanyaan melalui:
☎ HP / WHATSAPP
017-6601400
(Us Izhari @ Ush Julia)

   Tuan/puan boleh memberi nama  arwah melalui SMS atau WHATSAPP  atau datang sendiri ke Kelas Tahfiz Al-Quran Nurun Nur, betempat di Jalan Bilal Haji Adan Daud, Kampung  Parit Sidang Seman, 77400 Sungai Rambai, Melaka.

📬 Nama arwah boleh diserahkan bermula dari sekarang.

   Sebagai sumbangan  perkhidmatan khataman, tuan / puan boleh menyertakan sumbangan  seberapa ikhlas, dan Allah jualah yang akan membalasnya di akhirat.

  Sumbangan  boleh dibuat dalam bentuk:

✉ Tunai / Cek /  Postal Order / Money Order (atas nama NURUN NUR)

✉ Atau deposit ke akaun :

1)BANK ISLAM (M) BHD atas nama NURUN NUR, No Akaun 1023010030055

2) BSN atas nama JULIA BINTI SAID, No Akaun 01156-41-00015750-2

3) MAYBANK atas nama IZHARI BIN ADAN, No Akaun 151043933910

  NOTA: Tarikh Akhir menghantar nama ialah pada
24 Ramadhan 1436 H.

   Program anjuran: Tahfiz Nurun Nur. (Perkhidmatan, Pengurusan, Perundingan, Kelas Al-Quran, Hafazan dan Khataman)

(Sila hantar ke  kenalan atau group lain bagi bersama menyebar kebaikan, moga kita diberkati Allah, In sha Allah.)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home