Sunday 16 November 2014

Rupanya perkara yang dibenci, akhirnya membuatkan kita jadi lebih baik. Dengan lontaran dart dipapan keras di sebuah bilik di Kolej Perindu ITM (sekarang UITM) Shah Alam, yang bunyinya semakin menusuk dada jantung ku di kejauhan malam, membuatkan aku berhijrah selalu ke surau atas mencari damai. Kebencian itu buatkan aku mula mencari dan merindui Mu. Aku telah memaafkan perbuatan mereka yang tidak pernah difahamkan oleh aku. Aku mengharap juga agar segala kesalahan ku kepada manusia lain dengan secara umum atau khusus dimaafkan mereka. Memang 1984/85 memperkenalkan ku dengan u-turn.
       Akhirnya Fakulti Perubatan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan telah digantikan oleh Allah untuk ku dengan Fakulti Al Quran di Universiti Surau dan Masjid. Syukur Kau pilih, Kau kehendaki dan Kau gunakan aku untuk menjadi asbab pemelihara Kalam Mu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home