Saturday 27 June 2015

KHATAM AL-QURAN UNTUK ARWAH DIBULAN RAMADHAN

  Khatam AL-Quran 30 Juz beberapa kali dibulan RAMADHAN ini akan dilakukan oleh mereka yang telah dilantik oleh  Pengurusan Tahfiz Nurun Nur, Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka.

   Hadiahkanlah arwah tersayang dengan khataman tersebut. Mereka sedang menanti-nanti hadiah dari orang yang mereka cintai di rumah mereka dahulu atau dari insan yang tersayang.

   Ingatlah mereka, agar kita diingati nanti.

   Senaraikan mereka, mudah-mudahan ada orang lain menyenaraikan kita nanti.

  Khataman akan  disempurnakan pada akhir-akhir Ramadhan.

   Senarai nama  satu persatu akan  dibacakan / diniatkan oleh penyelaras /wakil ketika menerima /memproses penyertaan, dan disebutkan bilangan arwah secara umum ketika majlis berlangsung (Bagi menyingkatkan majlis).

  Berminat / berhajat untuk memberi nama arwah?
Sila hubungi pihak penganjur untuk sebarang pertanyaan melalui:
☎ HP / WHATSAPP
017-6601400
(Us Izhari @ Ush Julia)

   Tuan/puan boleh memberi nama  arwah melalui SMS atau WHATSAPP  atau datang sendiri ke Kelas Tahfiz Al-Quran Nurun Nur, betempat di Jalan Bilal Haji Adan Daud, Kampung  Parit Sidang Seman, 77400 Sungai Rambai, Melaka.

📬 Nama arwah boleh diserahkan bermula dari sekarang.

   Sebagai sumbangan  perkhidmatan khataman, tuan / puan boleh menyertakan sumbangan  seberapa ikhlas, dan Allah jualah yang akan membalasnya di akhirat.

  Sumbangan  boleh dibuat dalam bentuk:

✉ Tunai / Cek /  Postal Order / Money Order (atas nama NURUN NUR)

✉ Atau deposit ke akaun :

1)BANK ISLAM (M) BHD atas nama NURUN NUR, No Akaun 1023010030055

2) BSN atas nama JULIA BINTI SAID, No Akaun 01156-41-00015750-2

3) MAYBANK atas nama IZHARI BIN ADAN, No Akaun 151043933910

  NOTA: Tarikh Akhir menghantar nama ialah pada
24 Ramadhan 1436 H.

   Program anjuran: Tahfiz Nurun Nur. (Perkhidmatan, Pengurusan, Perundingan, Kelas Al-Quran, Hafazan dan Khataman)

(Sila hantar ke  kenalan atau group lain bagi bersama menyebar kebaikan, moga kita diberkati Allah, In sha Allah.)

Mengenai tuma’ninah (الطمأنينة), terdapat 2 kitab yang membahaskannya, antaranya Nailul Awthar Syarh Muntaqa Al-Akhbar Li As-Syaukani dan Fathul Bari Li Ibn Hajar Al-Asqalani. Tuma’ninah bermaksud ketenangan. Inilah sebenarnya objective solat, utk mencapai ketenangan. Kalau tidak ada tuma’ninah, maka tiada ketenangan dlmnya. Nabi S.A.W pernah bersabda, "Seburuk2 pencuri ialah pencuri dlm solat." Siapa pencuri dlm solat? Yakni, "mereka yang gagal menyempurnakan ruku' dan sujud." (Riwayat Ibn Khuzaimah, Ahmad, At-tabarani dan Al-Hakim dan isnadnya adalah sahih memenuhi syarat Bukhari dan muslim).

jadi tuma'ninah itu dlm erti kata yang sebenarnya ialah melakukan ruku' atau sujud dgn sempurna. Org yg tergesa2 tidak akan sempurna ruku' dan sujudnya.


نيل الأوطار شرح منتقى الأخبار

باب السجدة الثانية ولزوم الطمأنينة في الركوع والسجود والرفع عنهما

عن أبي هريرة‏:‏ ‏(‏أن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم دخل المسجد فدخل رجل فصلى ثم جاء فسلم على النبي صلى اللَّه عليه وسلم فقال‏:‏ ارجع فصل فإنك لم تصل فرجع فصلى كما صلى ثم جاء فسلم على النبي صلى اللَّه عليه وآله وسلم فقال‏:‏ ارجع فصل فإنك لم تصل فرجع فصلى كما صلى ثم جاء فسلم على النبي صلى اللَّه عليه وآله وسلم فقال‏:‏ ارجع فصل فإنك لم تصل ثلاثًا فقال‏:‏ والذي بعثك بالحق ما أحسن غيره فعلمني فقال‏:‏ إذا قمت إلى الصلاة فكبر ثم اقرأ ما تيسر معك من القرآن ثم اركع حتى تطمئن راكعًا ثم ارفع حتى تعتدل قائمًا ثم اسجد حتى تطمئن ساجدًا ثم ارفع حتى تطمئن جالسًا ثم اسجد حتى تطمئن ساجدًا ثم افعل ذلك في الصلاة كلها‏)‏‏.‏

Hadith ini menerangkan seorang sahabat yg masuk ke masjid dan sembahyang terburu2 tanpa ada tuma’ninah. Lalu Nabi S.A.W suruh dia ulangi solat itu sampai 3 kali sehinggalah lelaki itu menyempurnakan rukuk dan sujudnya dgn tuma'ninah:


ثم اركع حتي تطمئن راكعا..رواه البخاري مسلم

" ... kemudian ruku'lah kamu sampai kamu ketenangan (tuma'ninah) dalam keadaan ruku'."


ثم اسجدحتى تطمئن ساجدا..روه البخاري ومسلم

"Kemudian sujudlah kamu sampai kamu ketenangan(tuma'ninah) dalam sujud."


------------------------
نيل الأوطار شرح منتقى الأخبار

قوله ‏(‏ثم اركع حتى تطمئن‏)‏ في رواية لأحمد وأبي داود‏:‏ ‏(‏فإذا ركعت فاجعل راحتيك على ركبتيك وامدد ظهرك ومكن ركوعك‏)‏‏.

Sabda baginda S.A.W: “Kmdn ruku’lah sehingga mencapai ketenangan(tuma’ninah)”
Dalam riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud menyebut, “Jika seseorang itu ruku’, lutut
hendaklah direhatkan(tidak bengkok) dan belakang ditegakkan dan ‏bongkok.”


قوله ‏(‏ثم ارفع حتى تعتدل قائمًا‏)‏ في رواية لابن ماجه‏:‏ ‏(‏تطمئن‏)‏ وهي على شرط مسلم وأخرجها إسحاق بن راهويه في مسنده وأبو نعيم في مستخرجه والسراج عن يوسف بن موسى أحد شيوخ البخاري‏.‏

Sabda baginda: “Kmdn bangun sehingga dia tegak dlm berdiri”
Ia turut riwayat Ibn Majah: (Tuma’ninah) Di mana riwayat itu memenuhi syarat Muslim dan disampaikan oleh Ishaq bin Rahawaih dlm Musnadnya dan Abu Nuaim dlm takhrijnya

Mengenai I’tidal, tuma’ninahnya ialah sekadar berdiri tegak sahaja. Ini disebut dlm hadith riwayat Imam Ahmad. Itu sudah cukup memenuhi rukun tuma’ninah.


‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن آدم ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عامر بن يساف ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن أبي كثير ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن بدر الحنفي ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏‏ صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لا ينظر الله إلى صلاة رجل لا يقيم صلبه بين ركوعه وسجوده

Meriwayatkan dari Yahya bin Adam meriwayatkan Amir bin Yusaf meriwayatan dari Yahya bin Abi Kathir dari Abdullah bin Badar Al-Hanafi dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada solat seseorang yang tidak menegakkan tulang sulbinya di antara ruku' dan sujudnya." (Hadith Riwayat Ahmad dengan isnad sahih)

Rujukan:
1. http://al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=253&CID=48
2. Fathul Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani
_________________
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. JKK Ustaz Zayed yang mengemukakan pandangan ulama' hadith mengenai toma'ninah. Menurut Dr Wahbah Zuhaily :-

أقل الاطمئنا في الركوع : هو أن يمكث في هيئة الركوع حتى تستقر أعضاؤه راكعا قدر تسبيحة في الركوع والسجود و في الرفع منها.

"kadar minima toma'ninah didalam rukuk : ialah berada dalam keadaan tidak bergerak kesmua anggota-anggotanya dengan kadar sekali tasbih dalam ruku dan sujud, dan bangkit dari melakukan kedua-duanya" - [Al-Fiqh Al-Islami 1/657]

Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam membincangkan kadar toma'ninah, katanya :-

وحدّ الطمأنينة المشروطة قد اختلف فيه العلماء . فمنهم من جعل أدناه أن يكون مقدار تسبيحة كأن يقول: سبحان ربي الأعلى مثلاً . وبعضهم - كالإمام شيخ الإسلام ابن تيمية اشترط أن يكون مقدار الطمأنينة في الركوع والسجود نحو ثلاث تسبيحات، فقد جاء في السنة أن التسبيح ثلاث، وذلك أدناه فلابد أن تطمئن بمقدار ثلاث تسبيحات ... ويقول الله عز وجل: (قد أفلح المؤمنون . الذين هم في صلاتهم خاشعون). (المؤمنون: 1، 2).

"dan had(kadar) toma'ninah terdapat perselisihan diantara beberapa ulama'.... Ada yg menjadikan tasbih sebagai bilangan masanya sebagaimana katanya :"Subhana Rabbiyal 'ala". (Maha suci engkau yg Maha Tinggi) sebagai contoh. Ada yg lain pula, seperti Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah meletakkan syarat jangkamasa toma'ninah didalam ruku' dan sujud berjumlah 3 kali tasbih... maka telah datang menjadi sunat membacanya 3 kali, dan sekurang-kurangnya tidak boleh lari darinya toma'ninah dgn dapat dipastikan dengan menyebut 3 kali tasbih.... dan firman Allah swt :"Berbahagialah orang mukmin. Mereka adalah orang khusyuk apabila melakukan solat" - Surah Al-Mukminun 1,2. "

Toma'ninah didalam ruku', 'itidal, sujud dan duduk diantara dua sujud bagi Mazhab Hanafi hukumnya wajib dan bukan fardu. Dengan kata lain, meninggalkannya tidak membatalkan solat. Bagi jumhur ulama termasuk Mazhab Syafie, Toma'ninah didalam ruku' , sujud dan duduk diantara 2 sujud adalah Fardu, dan ia merupakan rukun solat. Tanpa Toma'ninah, solat tidak sah. Menurut Mazhab Syafie, sujud tanpa 'itidal tidak sah dan batal solat, sebagaimana hadith :-

‏ثم ارفع حتى تعتدل قائمًا‏

"kemudian bangkitlah sehingga tegak berdiri".

Dr Yusuf Al-Qaradhawi juga mensifatkan, solat yang tidak ada toma'ninah tidak ada maknanya, katanya :-

وهو الخشوع والطمأنينة وإتمام الركوع والسجود، ولا معنى للصلاة بغيرها،وقد قال تعالى:{قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون}سورة المؤمنون:1،2

"Khusyuk dan toma'ninah, serta kesempurnaan didalam Ruku' dan Sujud, Solat tidak ada makna tanpanya, dan Allah telah berfirman : 'Berbahagialah orang mukmin. Mereka adalah orang khusyuk apabila melakukan solat'-[Surah Al-Mukminun 1,2]" -[Fatawa Mu'aasyirah 3/538].

Kesimpulannya ialah, toma'ninah merupakan rukun (fardu) bagi jumhur ulama', tetapi hanya wajib bagi mazhab Hanafi. Bagi jumhur ulama, solat tanpa toma'ninah adalah tidak sah. Kadar toma'ninah menurut sebahagian ulama adalah sekadar satu bacaan tasbih, manakala Sheikh Al-Islam menyatakan dengan kadar 3 kali tasbih. Kita bersangka baik kepada para Imam di Masjid Al-Haram, dimana didalam perbuatan bangun dari ruku', iaitu melakukan 'itidal hanya disyaratkan berdiri tegak sebentar sahaja. Nabi saw mensifatkan orang yang mencuri didalam solat adalah orang-orang tidak melakukan toma'ninah didalam sujud dan ruku'. wallahu'alam.

wassalam
=============
Rujukan :

1. Dr Wahab Zuhaily. Al-Fiqh Al-islami wa adillatuh - 1. cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr. 1989.

2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fatawa Mu'aasyirah - 3. cetakan ke 2. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2002.

Saturday 14 March 2015


Memang benar Al Quran tertinggi dalam kehidupan ini. Maka segala berkaitannya tertinggi juga. Keperitan untuk hidup bersamanya, terperit juga. Tapi syukur kerana Allah telah pilih berkhidmat dengannya. Walau tidak sebukit mana ilmu, dapat jua kenikmatan menghidupkan pengajian Al Quran. Dapat mengenal alif ba ta dan dapat juga memperkenalkan alif ba ta. Gembira dengan pembacaan anak-anak yang merangkak kesulitan, bahagia mendengar mereka mengulang hafazan dengan kepayahan.
Nurun 'ala Nur mencahayakan Nurun Nur

Sunday 16 November 2014

Rupanya perkara yang dibenci, akhirnya membuatkan kita jadi lebih baik. Dengan lontaran dart dipapan keras di sebuah bilik di Kolej Perindu ITM (sekarang UITM) Shah Alam, yang bunyinya semakin menusuk dada jantung ku di kejauhan malam, membuatkan aku berhijrah selalu ke surau atas mencari damai. Kebencian itu buatkan aku mula mencari dan merindui Mu. Aku telah memaafkan perbuatan mereka yang tidak pernah difahamkan oleh aku. Aku mengharap juga agar segala kesalahan ku kepada manusia lain dengan secara umum atau khusus dimaafkan mereka. Memang 1984/85 memperkenalkan ku dengan u-turn.
       Akhirnya Fakulti Perubatan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan telah digantikan oleh Allah untuk ku dengan Fakulti Al Quran di Universiti Surau dan Masjid. Syukur Kau pilih, Kau kehendaki dan Kau gunakan aku untuk menjadi asbab pemelihara Kalam Mu.

Saturday 8 November 2014

Genggam Bara

Bukan mudah hendak buat baik, juga bukan mudah buat jahat. Tapi lebih baik susah buat baik, kerana susah itu dinilai indah di sisi Ilahi. Berbanding susah berbuat jahat sedangkan neraka adalah ganjarannya.

Thursday 6 November 2014

Ya Allah ku harap cinta ku terhadap Al Quran mendapat redza Mu. Hidup dan matikan ku bersama Kalam Mu.

Ya Allah jadikanlah Al Quran itu cahaya bagi mata hati ku dan penyembuh hatiku dan penghilang kesusahan dan kesedihan ku.